Friday, May 11, 2012

PERANCANG KELUARGA



DEFINISI

Perancang keluarga adalah satu kaedah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk menjarakkan kehamilan.


JENIS-JENIS PERANCANG KELUARGA

Perancang keluarga dibahagi kepada beberapa jenis iaitu :

  • Hormon Kontraseptif
  • Kedah Halangan
  • Alat Dalam Rahim (ADR)/Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD)
  • Kaedah Semulajadi
  • Sterilisasi


HORMON KONTRASEPTIF


DEFINISI

Adalah satu kaedah kontraseptif yang mengandung hormon iaitu estrogen sahaja atau progesteron sahaja atau kombinasi (gabungan) kedua-dua hormon iaitu estrogen dan progesteron.


JENIS-JENIS HORMON KONTRASEPTIF


  • Pil Perancang Keluarga
  • Suntikan 
  • Penanaman


A. Pil Perancang Keluarga

Adalah sejenis ubat dimakan oleh wanita untuk mencegah kehamilan. Ia mengandungi hormon wanita iaitu estrogen, progesterone atau kombinasi kedua-duanya.

Cara utama menghalang kehamilan ialah dengan menghalang pengeluaran telur dari kilang ovari seseorang wanita.

Di samping itu, ia juga menyebabkan lendir dari pintu rahim menjadi lebih pekat dan ini juga menghalang kenaikan sperma masuk ke dalam rahim. 

Perancang Keluarga boleh diambil oleh:

  • Semua wanita yang ingin menjarakkan kehamilan yang berumur 35 tahun kebawah
  • Wanita yang 4 minggu selepas bersalin
  • Serta merta selepas keguguran



Cara Pengambilan Pil Perancang Keluarga

Bagi wanita yang pertama kali makan perancang caranya ialah :

  • Makan pil pada hari ke 5 haid
  • Makan pil setiap malam sehingga habis
  • Rehat selama 7 hari
  • Pada hari ke 8 malam mulakan pusingan pil yang baru
  • Jika terlupa 1 biji pil maka makan pil sebaik sahaja teringat dan teruskan pengambilan pil berikut seperti dijadualakan
  • Jika terlupa 2 biji pil atau lebih, berhenti makan pil dan makan pil pusingan yang baru (pek baru) pada hari ke 5 haid


Wanita yang tidak boleh mengambil pil perancang keluarga, adalah:

  • Wanita yang disyaki mengandung
  • Mengidap penyakit hati
  • Penyakit jantung
  • Terlampau gemuk
  • Urat bersimpul (Varicose vein) yang teruk
  • Sawan
  • Bengkak pada leher (Thyrotoxicosis).


Jika diikuti dengan betul, keberkesanan menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan kelahiran amat tinggi iaitu 99.9%  kerana :

  • Pil jenis ini mengelakkan kandungan dengan menyebabkan dinding rahim nipis dan lendir yang pekat.
  • Ia boleh juga mengelakkan pengeluaran telur dari kilang telur (ovary) tetapi ia tidak konsisten dan memerlukan dos yang tinggi. Hampir 50% wanita menggunakan kaedah ini boleh mengeluarkan telur dari kilang telur 
  • Ia perlu dimakan dengan betul dan mengikut masa yang ditetapkan. Jika masa makan berubah-ubah melebihi tiga jam, ia boleh menyebabkan wanita itu hamil. 
  • Boleh mengelakkan kandungan, pil perancang keluarga mempunyai kesan sampingan yang positif seperti mengurangkan kadar perdarahan haid serta mengurangkan penyakit anemia atau kurang darah dan mengurangkan kesakitan sewaktu haid.
  • Ia juga boleh mengurangkan risiko mendapat kanser kilang telur dan lapisan Rahim melebihi 50% apabila digunakan melebihi satu tahun.


B. Suntikan

Mengandungi hormone estrogen sahaja. Suntikan menggunakan hormon progestogen, disuntik di otot punggung (otot gluteus) setiap dua bulan bergantung kepada hormon yang digunakan.

Wanita yang boleh mengambil suntikan, adalah

  • Pesakit mental 
  • Ibu yang menyusukan bayi
  • Pesakit dengan masalah pada darah (darah berbentuk bulan sabit)
  • Wanita yang mempunyai kesan sampingan terhadap kaedah hormon yang lain


Wanita yang tidak boleh mengambil suntikan, adalah:

  • Hamil
  • Peradangan di hati 
  • Kanser
  • Gangguan pada pembekuan darah


Disebabkan dosnya yang tinggi, ia mengelakkan pengeluaran telur dari kilang telur (ovary) di samping mengakibatkan lendir yang pekat. Wanita yang menggunakan kaedah ini boleh mengalami perdarahan yang tidak menentu.


C. Penanaman (Implant)

Adalah kontraseptif hormone dimana hormone progesterone dipasang dibawah kulit. Ia memberi kesan perlindungan jangka masa yang panjang iaitu selama beberapa tahun.

Indikasi Penanaman (implant)

Kaedah ini boleh digunakan oleh :-

  • Semua wanita yang ingin menjarakkan kehamilan yang berumur 35 tahun kebawah


Kontraindikasi Penanaman (implant)

Kaedah ini tidak dibenarkan kepada wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti berikut :-

  • Mengandung
  • Penyakit hepar
  • Penyakit jantung
  • Kanser payudara
  • Gangguan sistem saraf
  • Sakit kepala sebelah
  • Urat bersimpul 
  • Tekanan darah tinggi
  • Asthma
  • Sawan 




KAEDAH HALANGAN


DEFINISI

Adalah perancang keluarga dengan menggunakan kaedah halangan yang mengahalang sperma keluar memasuki rahim.

JENIS-JENIS KAEDAH HALANGAN


  • Kaedah halangan mekanikal 
  • Kondom
  • Diaphragm 
  • Cervical cap
  • Kaedah halangan kimia 
  • Krim
  • Jeli
  • Foam
  • Sponge


A. Kaedah halangan mekanikal

Kondom
Adalah satu alat yang menghalang pelepasan sperma kedalam rahim.

Teknik penggunaan kondom :

  • Buka sampul kondom dengan teliti
  • Pasangkan kondom pada penis yang tegang sebelum melakukan hubungan seks
  • Pastikan kondom dipasang sehingga ke pangkal penis



Teknik menanggalakan kondom :

  • Keluarkan penis dari rahim ketika penis masih tegang sembil memegang kondom
  • Bungkus dan buangkan kondom yang telah digunakan didalam bekas yang sesuai



Diaphragm/servikal kap

Adalah sejenis pelapik yang diperbuat daripada getah dan berbentuk bulat. Dipasang ke dalam pangkal rahim diatas serviks untuk mengahalang kemasukan sperma ke rahim semasa persetubuhan.

Teknik penggunaan diaphragm/servikal kap

  • Klien perlu berada dalam posisi sesuai
  • Sapukan krim spermisid dikedua-dua permukaan alat untuk membunuh sperma
  • Diaphragm / servikal kap dilipat dengan jari sambil mencangkung masukkan diaphragm jauh ke dalam vagina dengan bahagian convex menghala kebawah
  • Pakai 2 jam sebelum persetubuhan
  • Tetapkan kedudukan alat dengan menggunakan jari
  • Selepas persetubuhan diaphragm dibiarkan selama 6-8 jam supaya sperma dilemahkan oleh spermisid


Teknik penjagaan diaphragm/servikal kap

  • Basuh alat selepas ianya dikeleluarkan dari vagina
  • Lap kering
  • Periksa untuk kekoyakan


B. Kaedah Kimia

Adalah dengan menggunakan krim, jeli ataupun foam iaitu bahan yang menggunakan kimia yang bertindak melemahkan sperma.

Contoh bahan kimia

  • Spermidic krim/jeli


Teknik memakai krim atau jeli

  • Bahan ini dimasukkan kedalam vagina sebelum persetubuhan dengan menggunakan alat pemasang.


Teknik memakai foam

  • Foam ini berbentuk pil dan dimasukkan ke vagina sebelum persetubuhan
  • 5-10 minit selepas ianya diamsukkan ia akan hancur dan akan menjadi buih



ALATAN DALAM RAHIM


INTRA UTERINE CONTRACEPTIVE (IUCD)

Adalah sejenis alat kecil yang diperbuat dari bahan plastic yang dimasukkan kedalam Rahim wanita.

Kaedah memasukkan alat dalam Rahim

  • Ia perlu dimasukkan ke dalam rahim oleh doktor terlatih dan tidak mendatangkan banyak masalah kepada pengguna.
  • Setelah dimasukkan, alat ini boleh disimpan selama tiga hingga lima tahun bergantung kepada jenis yang digunakan. 
  • Efikasinya untuk mengelakkan kandungan adalah lebih kurang 98%.
  • Di samping itu, ia boleh mengurangkan perdarahan haid dan hampir 80 peratus wanita tidak mengalami perdarahan selepas tiga bulan penggunaannya.

*** Walau bagaimanapun, wanita tidak harus bimbang kerana walaupun tidak datang haid, telur masih dikeluarkan dari kilang telur seperti biasa. Ini juga boleh mengurangkan masalah anemia dari perdarahan haid yang berlebihan.

Wanita yang boleh mengambil alat dalam rahim adalah:

  • Wanita yang pernah melahirkan anak
  • Apabila lain-lain kaedah yang digunakan tidak sesuai
  • Bercadang untuk hamil pada jangka masa yang panjang tetapi tidak mahu menerima kaedah yang kekal
  • Wanita yang gemarkan kaedah yang tidak memerlukan tindakan tiap-tiap hari
  • Apabila wanita sukar untuk mendapatkan bekalan dalam jangkamasa yang tetap pada tiap-tiap bulan


Kontraindikasi IUCD

  • Wanita hamil
  • Mengalami jangkitan pelvis (e.g :- cervicitis,gonorrhea)
  • Baru mengalami keguguran septik sehingga ianya bebas dari jangkitan
  • Kanser pada system reproduktif


Masa yang sesuai untuk pemasangan IUCD

  • IUCD boleh dipasang pada bila-bila masa tetapi lebih mudah lebih mudah jika dipasang pada :
  • Kedatangan haid
  • 6-8 minggu selepas bersalin
  • Selepas keguguran yang tidak septik


Kesan Sampingan IUCD

  • Haid yang banyak
  • Pengeluaran amaun darah haid agak bertambah dari biasa terutama 2-3 bulan selepas pemasangan IUCD
  • Mengalami kejang di perut
  • Akibat tindak balas dari pemasangan IUCD. Mungkin berlaku beberapa hari  atau 2-3 bulan pertama selepas pemasangan. Dapatkan nasihat dari dokter atau jika IUCD boleh untuk dikeluarkan
  • Mengalami haid irregular dalam beberapa bulan pertama. Contohnya :- intermenstrual atau premenstrual spoting 2-3 hari dan akan berkurangan
  • Klian akan mengalami vaginal discharge yang cair atau mucoid. Ini adalah keadaan yang biasa


Komplikasi IUCD
  • Jangkitan atau inflamasi pelvis
  • Mengandung luar Rahim (Ectopic pregnancy)
  • Perpindahan IUCD dapat dicirikan dengan : Sakit/kekejangan dibahagian bawah abdomen, terdapat perbezaan kepanjangan tali IUCD dan ini dikesan dekat dengan serviks, Hujung tali IUCD dapat dirasai.

Pendidikan Kesihatan
  • Penjagaan keberihan intuk elak Pelvic Inflammatory Diseases
  • Mengesan tali IUCD dengan cara memasukkan jari kedalam vagina setiap kali selepas haid. Jika tali tidak dapat dikesan segera jumpa dokter untuk dikesan pemeriksaan
  • To come again untuk pemantauan keadaan lokasi IUCD



KAEDAH SEMULA JADI


DEFINISI

Adalah berasaskan keadaan dimana wanita boleh mengenali masa subur bermula dan waktu subur berakhir. Waktu subur ialah semasa wanita itu boleh hamil sekiranya ada hubungan seks. Masa subur adalah masa ovulasi. Dan jika wanita tidak mahu hamil,hindarkan hubungan seks pada masa ini.

Kelebihan Kaedah Semulajadi
  • Tidak memerlukan penggunaan alat, hormone atau melibatkan prosedur pembedahan
  • Meningkatkan komunikasi oleh kebanyakan pasangan
  • Lebih mudah diterima oleh kebanyakan pasangan
  • Boleh dipraktiskan oleh pasangan yang bimbang kepada kaedah yang bukan semulajadi


JENIS-JENIS KAEDAH SEMULAJADI
  • Kaedah masa selamat ( kaedah kalender)
  • Kaedah suhu badan
  • Kaedah lendir di serviks
  • Kaedah campuran
  • Lain-lain :  Kaedah azal dan Kaedah laktasi


A. Kaedah Masa Selamat (kaedah kalender)
Iaitu mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan seks semasa waktu subur melalui pengiraan kitaran haid.
Caranya ialah :
  • Rekodkan kitaran haid selama 6-12
  • Dapatkan kitaran haid terpendik dan terpanjang

Contoh pengiraan haid :
I. Jun 30
II. Julai 28
III. Ogos 32 ( terpanjang)
IV. Sept 25 (terpendik)
V. Oct 26
VI. Nov 29
VII. Dec 30

Formula
  • Kitaran terpendik ditolak 18 (-18) hari pertama subur
  • Kitaran terpanjang ditolak 11 (-11) hari terakhir subur

Contoh :
25 - 18 = 7 (hari ke 7 ialah hari pertama subur )
32 - 11 = 21 ( hari ke 21 ialah hari terakhir subur )

*** Jadi mereka harus mengelakkan perhubungan kelamin pada lebih kurang hari kelapan hingga ke-24 jika kiraan haid mereka 28 ke 35 hari. Ia agak rumit untuk dikira dan boleh mendatangkan masalah bagi pasangan itu kerana waktu mereka tidak boleh bersama agak panjang.


B. Kaedah Suhu Badan
Adalah mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan seks dari hari pertama haid sehingga suhu badan meningkat 0.2 C hingga 0.4 C dan 3 hari selepasnya. Peningkatan dari aras rendah ke aras tinggi pertanda ovulasi telah berlaku. Jangka hayat ovum ialah 3 hari

Cara penggunaan kaedah suhu ialah :-
  • Ambil suhu badan sebaik terjaga dari tidur setiap pagi menggunakan jangka suhu khas
  • Letak jangka suhu dibawah lidah selama 5 minit
  • Catat dan cantumkan bacaan suhu badan diatas geraf dalam tempoh sebulan
  • Hubungan seks adalah selamat selepas kenaikan suhu badan 3 hari berturut-turut


C. Kaedah Lendir di Serviks

Adalah mencegah kehamilan dengan menghindari hubungan seks semasa waktu subur dengan mengenal pasti perbezaan cecair yang keluar daripada faraj. Sewaktu subur, cecair yang keluar bertukar dari warna putih yang pekat kepada lendir yang jernih dan cair. 

Cara penggunaanya ialah :-
  • Perhatikan penukaran pada lendir yang keluar dari vagina pada setiap hari
  • Masa subur ialah sewaktu lendir yang keluar jernih, melekit yang berupa seperti telur mentah
  • Hubungan seks ialah selamat selepas lendir serviks menjadi pekat dan keputihan



D. Kaedah Kombinasi

Adalah kaedah kombinasi antara kaedah masa selamat (kalender), kaedah pengambilan suhu badan dan kaedah lender serviks. Kombinasi kaedah ini boleh meningkatkan keberkesanan mencegah kehamilan. 


E. Kaedah Lain-Lain
  • Kaedah Azal iaitu mengeluarkan zakar sebelum ejakulasi supaya air mani dilepaskan diluar faraj.
  • Kaedah Laktasi. Penyusuan ibu sebagai satu kaedah perancang keluarga sementara.


Keberkesanan Kaedah Laktasi hanya berlaku sekiranya :-
  • Ibu belum datang haid selepas bersalin
  • Penyusuan susu ibu yang eksklusif
  • Usia bayi kurang dari 6 bulan



STERILISASI

DEFINISI

Adalah satu proses pembedahan pemandulan yang dilakukan keatas wanita atau lelaki. 
Sterilisasi boleh dilakukan kepada wanita dan juga kaum lelaki. Kaedah ini adalah kekal. Saluran di rahim wanita diikat atau dipotong bagi mengelakkan perjalanan telur ataupun sperma dan seterusnya menghindarkan persenyawaan.

JENIS-JENIS STRERILISASI
  • Tubal Ligation (ikat Rahim)
  • Vasectomy (Ikat Rahim)


A. Tubal Ligation (ikat Rahim)

Adalah satu cara mencegah hamil yang kekal dimana tiub fallopian kiri dan kanan diikat atau dipotong atau diklip. Dengan ini ia menghalang perjalanan ovum bercantum dengan sperma.

Indikasi tubal ligation
  • Grandmultipara dengan bad obstetric history semasa mengandung. (e.g:- pregnancy induced hypertension,sakit jantung dll)
  • Ibu yang sentiasa mendapat komplikasi selepas bersalin seperti postpartum hemorrhage,retained  placenta dan lain-lain
  • Pasangan yang telah lengkap keluarganya terutama ibu berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 anak.


Komplikasi Tubal Ligation
  • Kecederaan pada organ berdekatan
  • Kesan sampingan ubat bius
  • Pendarahan yang berlebihan
  • Perlekatan rahim (Abdominal adhesion)
  • Mengandung luar Rahim (Ectopic pregnancy)


B. Vasectomy

Adalah kaedah sterilisasi kekal untuk lelaki. Ia memerlukan pembedahan kecil di mana saluran vas deferens dipotong sedikit dan diikat untuk menghalang perjalanan sperma ke penis.

Komplikasi Vasectomy
  • Pendarahan semasa pembedahan
  • Haematoma
  • Infeksi




6 comments:

  1. selepas pemasangan iud saya terasa bahagian perut saya sakit seperti kejang dan vagina saya ada mengeluarkan cecair lendir dan sedikit darah seperti darah last piroid. adakah itu normal?

    ReplyDelete
  2. Salam.. saya terlewat mkn pil perancang yasmin 2 jam 30 minit.. pas tu saya teruskan makan pil, jd nak tanya adakah saya akan mengandung? Tq

    ReplyDelete
  3. saya baru nk start mkn perncang yasmin..mcm mn cra pemakanan dia...hr ke brape period sya perlu mkn?

    ReplyDelete
  4. salam..
    sy terlupa mengambil pil pada hari ke14. pada hari ke15, sy teruskan pengambilan seperti biasa. pada hari ke16 barulah saya sedar sy terlupa mkn pada hari ke 14 dan saya mengambil 2 biji pada hari ke16. adakah betul cara saya? adakah pil ini masih berkesan ke atas sy?
    sekarang, sy baru ambil untuk hari ke17 untuk paket y pertama.
    adakah saya perlu berhenti saja dan menunggu period saya y seterusnya untuk memulakan semula pengambilan pil?
    atau makan seperti biasa sehingga hari ke 21?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam saya baru 5 hari selepas keguguran dan sdah tdak ada darah yang keluar boleh kha saya mengambil suntikan perancang sekarang ini.? dan apakah tidak ada kesan samping bila terlalu awal mngambil perancang

    ReplyDelete